
Perasan tak selalunya orang yang tergolong dalam golongan " orang berada " ada macam vibe yang orang lain tak ada. Sebagai contoh, bila kita tengok ada seorang perempuan yang pakai tshirt longgar, jeans lusuh, flipflops dan unbranded handbag tapi dari gaya dia kita tahu yang dia tu anak orang kaya?.
Aku selalu lepak di Pavillion, KLCC, atau mana mana mall dan ini yang aku selalu perasan.
Aku mixed around dengan semua jenis manusia. Kaya, miskin, sederhana, anak dato', anak tan sir. Dan apa yang aku perasan adalah kebanyakan anak - anak orang kaya ni is way more humble dari anak- anak orang yg sederhana atau below average.
Satu contoh perbualan aku dengan anak-anak orang kaya dengan anak-anak orang below average.
Anak - anak Orang Senang.
Me : Babe, your considered as orang yang senang tapi kenapa ko dress up cam selekeh gile? Tiap kali kuar jumpe aku ko pakai tshirt ko yg da nak reput, jeans and flipflops pg Pavi.
Babe A: Ala kekayaan tu sume bukan aku punya. Aku loan je babe. Bebila aja Tahun boleh tarik. Stay humble.
Anak - anak Orang Below Average.
Me : Babe , Tiap kali aku jumpe ko, ko punye dressing memang gempak la. Complete set babe.Shades, handbag, baju ko memang cun habis.
Babe B : Alhamdulillah babe. Semua ni aku beli sendiri. Tak ada mintak tolong atau mintak duit dekat sapa - sapa. Semua usaha aku sendiri.Hasil titik peluh aku. Dah penat berusaha, kene la appreciate.
Nampak tak di situ? Sedangkan dua - dua bekerja di tempat yang sama dan pangkat executive sahaja.
Nampak tak di situ? Siapa yang lagi appreciative? Think about it.
No comments:
Post a Comment