October 30, 2013

Expensive Wedding

Semua perempuan nak kan majlis yang grand, luxurious and meriah. Wedding reception di hotel, banguete service, detailing yang sangat precise dan elegant. Siapa yang tak nak? Mesti ramai berangan nak kahwin dekat hotel. Doorgift yang sangat grand. Selalunya doorgift orang kasi telur, muffin or gula - gula but since buat dekat hotel, kena la bagi mangkuk kaca or anything which is expensive. Memang meriah kan?

The dress mesti nak lace with glitter detailing and drapes. Veil and shawl with beading nampak sangat elegant. Bila pasangan pengantin masuk dewan, ramai memuji betapa cantik and sepadan pasangan tu.Berarak la pasangan pengantin duduk di pelamin yang berkonsepkan English Wedding dengan deco yang up-to-date. Ramai yang datang memuji pasangan dan kemeriahan majlis tapi ada juga rasa iri hati dan mula kata - kata jahat timbul.Tetamu yang datang dihidangkan dengan menu yang sangat sedap beserta dengan dessert yang sedap.Ramai mengucapkan selamat kepada pasangan dan ada juga yang menghulurkan sumbangan untuk pasangan.Meriah bukan? Sangat meriah. Aku antara tetamu yang hadir sangat kagum dengan pasangan pengantin itu. Mereka berjaya merialisasikan dream wedding seperti mana yang mereka idamkan.Pengantin perempuan itu merupakan kenalan rapat aku sejak dari kolej.

Tiba masa untuk pulang, aku diberi goodie bag. Didalam nya ada, buku surah yassin, teddy bear kecil yang bertulis 'Terima Kasih dari Kami sekeluarga', chocolate Ferraro Rocher , dan bekas kaca dengan port pouri di dalamnya. Aku bertanya kenapa doorgift aku dan tetamu yang lain berlainan.

" Ko tetamu VIP, dia orang tetamu biasa.. So doorgift kena la lain-lain"

Pasangan pengantin itu merupakan kenalan rapat aku dan beberapa kawan aku sejak kolej lagi.Mereka dari keluarga yang sederhana dan pengantin perempuan merupakan anak tungal dalam keluarga. Jadi boleh di bayangkan kenapa keluarga dia mahu majlis yang meriah untuk menyambut the one and only menantu. Menantu kesayangan.

Dalam perjalanan balik aku terfikir sejenak.Berapa banyak kos untuk majlis mereka? Beberapa bulan selepas itu, kawan aku call dan meminta pertolongan dari aku

" Babe, aku nak mintak tolong sikit boleh? aku nak pinjam rm 2,000 boleh. Aku da hal nk settlekan".

Selepas dekat sejam bergayut, akhirnya dia buka mulut

" Sebenarnya aku amek loan tuk tanggung majlis aku. Gaji aku kecik, aku nak bayar loan rumah, loan PTPTN, loan kereta and loan bank."

Bila aku tanya mengapa perlu berhutang semata - mata untuk majlis perkahwinan, jawapan tipikal yang aku terima.

" ala babe bukan selalu aku kawen. Plus aku anak tungal and sepupu aku buat majlis di dewan Felda, aku pun nak jugak buat grand".

Bila dikenangkan balik peristiwa tu, aku rasa bukan kawan aku aje yang mengalami benda yang sama. Aku ada beberapa kali baca luahan perasaan ramai pasangan pengantin mengalami masalah kewangan semata - mata untuk menjayakan majlis mereka.

Kisah ni untuk dijadikan pedoman untuk mereka - mereka yang hendak berkahwin. Jangan lah belanja on something which only last for 2-3 hours in your life. The life after the 2-3 hours is much more important.


Pic from Google

2 comments:

awanungu said...

Biasalah pengaruh tv. Tapi saya paling tak suka orang yang membeza-bezakan door gift untuk tetamu. Sepatutnya semuanya sama supaya tiada orang yang terasa hati.

Unknown said...

exactly.... sekarang memang trend kot...

Post a Comment