April 04, 2014

Darah Manis..

59 days to go....

Ramai dikalangan kita selalu dengar ungkapan 'darah manis'. Biasa dengar bukan? Tapi percaya kah kita akan ungkapan tersebut. Pada pandangan aku sendiri, semua itu mengarut.. Atau bahasa kasar nya "Bullshit".
Manusia berfikiran moden and berpendidikan tinggi *tinggi ke?* memang agak sukar untuk percaya ungkapan - ungkapan karut itu.

Sangkaan aku meleset sama sekali. Post - post aku sebelum ini ada aku gambarkan beberapa perkara yang terjadi sepanjang aku menjadi tunang orang atau 'darah manis'. Sejak dari itu, setiap musibah mahupun dugaan, aku kenangkan ia hanya cabaran-cabaran untuk melayari alam perkahwinan. *Semua kerja shaitonirojim*..

Masalah duit, masa dan perselisihan faham memang tidak boleh di elakkan. Dalam jangka masa ini, aku telah belajar banyak tentang tunang and juga diri sendiri. Betapa rapuh atau 'fragile' perasaan aku.Aku manusia yang dilahirkan sebagai seorang yang cukup sukar menitiskan air mata mahupaun melenting tidak tentu hala. Tetapi, sejak menjadi tunang orang, cukup senang untuk aku menitiskan air mata. Perkataan carutan menjadi bahan biasa bagi aku. Babi, bodoh, bangsat, fuck, bangsat,dick head dan lain-lain adalah perkataan biasa.
Dalam hal ni, aku bersyukur tuhan menemukan aku dengan seorang manusia yang cukup penyabar, tabah dan rasional. Tunang aku. Seorang lelaki yang lemah dari pelbagai segi, kurang ilmu didada, tetapi dia cukup hebat di mata aku.Dia yang banyak bersabar, banyak mendiamkan diri dikala aku mengamuk tak tentu hala, menyedarkan aku akan pelbagai benda  dengan cukup bersahaja.Memang benar apa orang kata, "cari la calon suami yang sehebat atau lebih hebat dari bapamu.". Biar la poketnya tidak setebal lelaki lain, biarlah dia tidak sekacak lelaki lain mahukan tidak memiliki apa - apa harta, janji dia menghormati maruah aku sebagai seorang perempuan,isteri dan mummy dan jugak dapat menjaga aku sebagi abah aku, itu dah cukup bagus.

Dalam jangka sama yang hanya tingal beberapa minggu sahaja, aku sangkakan segala dugaan telah aku tempuhi dengan jayanya. Mendabik dada tanda bangga, akan tetapi aku mengharungi satu lagi dugaan.

Benar orang kata, syaitan akan lakukan apa sahaja untuk menyesatkan anak-anak Adam. Syaitan-syaitan ini tidak akan duduk diam jika anak Adam berhasrat untuk mendirikan masjid. Ye... Ni semua kerja syaitan.2 tahun lepas semasa awal perkenalan aku dengan tunang, aku meminati seorang lelaki dari jauh.Aku tidak pasti pada masa itu hanya mainan perasaan atau hanya minat. Perasaan itu bercampur baur.

Sekadar berminat dari jauh. Tidak ada perasaan mahupun nafsu. Tetapi sejak kebelakangan ini, perasaan itu mula timbul kembali. Menjadikan ianya lebih parah, perasaan menebal dari dulu. Ahh... Kenapa sekarang?
Aku mencaeritakan hal ini pada tunang tapi dia sangat rasional dan hanya berkata 'perasaan orang tak boleh dihalang, kalau dah suka apa yang harus i buat?'..Sayu rasa hati dengan  kata-katanya.

Tapi aku sudah berjanji pada diri sendiri dan juga padanya. Curang itu sesuatu yang tidak ada didalam kamus hidup aku.Sampai mati. Tak akan aku lakukan benda yang sama dia lalui dulu ketika die bersama dengan bekas temannya dulu..Tapi kenapa jadi macam ni?

Hampir setiap hari kami bertentang mata. Aku pasti yang hanya aku sahaja yang berperasaan macam ini. Minat dari jauh.Walaupun lelaki yang aku minati itu jauh lebih muda, tapi entah kenapa...Minat dari jauh..

Semua ni kerja syaitan. Syaitan....

No comments:

Post a Comment