January 30, 2015

Baby D : First Monthly Check Up - Columbia Asia Puchong

Good evening my good people...


Pada mulanya aku dan Husband memang dah nekad nak aku bersalin di Hospital kerajaan ( since kami berdua tak dapat cover dari company ). Memang orang selalu cakap " ala sakit bersalin sama aje untuk semua mummy. So tak perlu nak memilih kat mana nak bersalin ".

Alangkah beruntungnya kalau semua tu betul.. lols :p

So gigih la aku call Hospital Putrajaya untuk set appointment dengan Dr Gynea. Kita orang came across dengan skim FPP (Full Paying Patient) and lagi satu faktor yang buat aku keen of FPP is boleh request doktor lelaki atau perempuan.
Dua tiga kali call for 2 days in a row cukup punya la susah nk get through.Memanjang sibuk. haih.

Tapi dapat jugak la buat appointment tapi alangkah malangnya nasib sebab slot untuk doktor perempuan dah penuh sepenuhnya. Dengan hati yang tak rela and memberontak, terpaksa akur dengan Dr. Hazim.Tapi on the 6th of January.

Disebabkan hati tak puas hati, gigih aku aku mencarik, men google hospital di area Puchong kalau ada doktor Gynea perempuan.Finaly search came across dengan KPMC Puchong and Columbia Asia Puchong. Both hospital memang dekat dengan rumah.Dah excited dekat situ.

Namun tergerak hati nak call buat appointment dekat Columbia Asia dulu. Call disambut dengan suara lemah lembut. * Hati da tersangkut disitu*
Tanya the receptionist sama ada Doctor perempuan available tak untuk buat monthly check up. So it happens Doctor Raja Juhaida is available the following week. Hati melonjak keriangan. Terus set appointment and terus aku batalkan niat nak survey KPMC Puchong.

Bila da confirmed the appointment terus terdetik di hati " ni confirm bill beratus nih". Selama ni bila time sakit selalu pergi klinik kerajaan atau ada panel klinik. So tetibe ada rasa cuak disitu. Tak ape la anak punya pasal sanggup bayar extra.

Appointment pukul 9am tp pukul 8 dah gigih keluar rumah sebab masing masing excited melampau. Kami memang menunggu appointment di Columbia Asia sebab boleh buat detail scan and tahu gender baby. Kami berdua memang dah ada gutt feeling that Baby D would be a boy.Aku tanya semua family member and also my brother - in law. Semua kata boy.

Sampai saja hsopital, ambil no. Tak sempat nk pergi berjalan ke tempat duduk dah no. naik. Gile laju. Lepas isi borang bagai, kene proceed ke Nursing station.Nurse tanya itu ini, timbang berat, ukur tinggi, ambil sample air kencing dan tekanan darah.Habis semua Nurse check.Lepas pada tu kami tunggu.


Ruang menunggu yang cukup spacious dan cukup selesa. Tunggu pun tak lama compared to Hospital or Klinik kerajaan. Sambil menunggu tu aku tengok la keliling hospital ni. Nurse dia rata rata semua friendly yang amat. Then tak lama lepas tu nama dipanggil.

Masuk aje bilik doktor nampak Doctor Raja. First thing aku pikir bila tengok Doctor Raja aku pikir " Ni ke Doc. Raja? Cun gile siot ". Yes! Doc. Raja memang sangat cun.Very fashionable and sangat sangat friendly.

Lepas disoal siasat, Doc. suruh baring. Selak baju dan seluar, Doc. check baby pakai 3D scan. Terus doc. cakap " amboi terkangkang baby ni. I can see your penis la.. tutup sikit ". Then aku dengan husband terus menjerit " lelaki ke? ". Doc. Raja macam terkejut beruk la sebab the both of us menjerit. haaha =P
Memang kelakar moment tu. Even the nurse pn gelak sama.Everything went well with Baby D. Semua okay. Tak ade masalah.

Consultation tak sampai 30 minute but Doc. Raja memang seorang yang sangat baik. Asked her anything and she will answered you in detail. Siap kasi sample susu maternity lagi. Bila keluar dari bilik Doc. aku asyik puji Doc. Raja dekat husband.Bestnya doctor Raja. =p

Lepas nurse set up my next appointment, the moment of truth came. Time untuk bayar bill. Tangan dah mengigil da nih. Bila orang Finance tu hand over the bill, amek kau.....!


Siap ada discount lagi. Mati mati ingat dalm 300-400. Tapi under budget. Alhamdulillah! Memang kita orang anggap bill mahal sebab hospital swasta kan. Tapi kita orang memang dah sedia maklum yang Columbia Asia antara hospital swasta yang paling murah dalam golongan hospital swasta.

Service, layanan memang tiptop. Dalam banyak banyak hospital swasta yang aku pernah pergi dan experience, Columbia Asia is one of the best service. Wad dia pun spacious even double bed.The food pun sedap. Cafeteria dia kecik tapi boleh lah untuk mengisi perut yang kebulur. Harga pun sama dengan kedai makan di luar.

Lepas nurse bagi buku appointment dan gambar scan, Nurse siap hantar kita orang ke pintu keluar lagi.Dah macam dekat hotel 5 star pulak. 

  YES!! Thats my full name.. Sheessh!!


See my fist! Hahaha...Awak nak jadi black belt macam Mummy yek?
=D


I left the hospital with a smile on my face. Husband siap tanya dah kenapa senyum sorang sorang. Rasa macam dah jatuh cinta dengan Doctor Raja. Then i told my husband 

" Dah! ive made up my mind.. I bersalin kali ni dan insyallah ade rezeki bersalin akan datang, i nak dengan Doctor Raja. Tak nak dengan orang lain! "

Husband pun sangat puas hati dengan service dan Doctor Raja. So looks like Baby D akan deliver kat Columbia Asia Puchong. =)

3 comments:

awanungu said...

Betul tuh Columbia Asia antara private hospital yg tak mahal sangat berbanding private hospital lain. hospitalnya pun cantik. if kat JB ada satu juga Columbia Asia Nusajaya. cantik. dulu kosong sekarang dah ramai orang datang situ. yg pasal discount tuh kalau doktor ok buat muka sedih mesti dapat discount hihihi macam my mom buat kat KPJ Johor for 2nd surgery.

anyway congrats! bakal dapat baby boy ek?

Unknown said...

ha ah baby boy....memang dah ramai kat hospital Columbia. Before this pernah dtg situ melawat my frend. Tapi now penuh.... Tapi memang berpuas hati dengan service die :)

NorzieMN said...

Saya 1st yg bersalin normal dgn Dr Raja di hospital Colombia puchong. .ms tu hospital baru operasi. .31/10/2007..sampaikn timbang bb pun x betul sbb kelengkapan belum sepenuhnya. .misi pun imported from Colombia seremban. .haha...anyway Dr Raja mmg best. ..

Post a Comment