January 26, 2015

Teknologi.



Semua ni terjadi sesama aku bekerja di sebuah syarikat multinational. Terus terang aku katakan yang bekerja dengan syarikat multinational adalah pilihan aku sejak graduate lagi. Sebab nya ada kelebihan yang sangat menguntungkan. Tapi, disebalik kelebihan itu, kulit kene tebal. Kenapa? Nanti aku akan terangkan.

Aku bekerja dengan syarikan ni sudah lama. Sepanjang aku bekerja disini, tak ada masalah komunikasi antara pekerja lain, pekerja bawahan and juga bosses. Semua berjalan sangat lancar.Aku kenal beberapa orang disini. Kenalan aku dengan pekerja lain bukan setakat diwaktu kerja sahaja malah ketika di luar waktu kerja juga.

Tetapi tak lama selepas itu, aku menghadapi masalah komunikasi yang sangat teruk dengan pekerja lain and pekerja bawahan aku.Semua berpunca pada TEKNOLOGI!

Corak pekerjaan di syarikat multination sangat bergantung pada teknologi. Emails, instant message, Whassap dan Yahoo Messenger adalah antara cara - cara kami semua berkomunikasi antara satu sama lain.

Pada suatu hari , aku ditugaskan untuk menyelia sebuah project untuk diselesaikan dalam jangka masak 2 minggu. Pada mulanya, project tersebut adalah dibawah penyeliaan kawan aku sendiri tetapi disebabkan dia hendak cuti bersalin selama 3 bulan, aku dengan rela hati mengambil alih tugas menyelia project tersebut atas dasar menolong kawan.

Pada 2-3 hari pertama, semua berjalan lancar. Tiada masalah. Semua menjadi kucar kacir apabila aku mengalami masalah dengan telefon aku. Pada saat tu, memang kucar kacir dunia.Jadi selepas kejadian tu, aku bagitahu semua yang terlibat dengan project itu untuk sentiasa update aku secara 'verbally'. 

2 hari kemudian , masalah timbul dan semua berpunca dari masalah komunikasi.

Long story short,

Aku nyaris kehilangan kerja. Hanya kerana berpunca dari Teknologi.

Jadi, sejak kejadian tu, aku dah putus harapan dengan teknologi.


No comments:

Post a Comment