February 10, 2015

Rendang Ayam Minang

Salam and Greetings...

Sejak pregnant memang selera mengunung. Pantang nampak benda sedap and pantang nampak orang lain makan, mesti nak mengendeng. Hari tu, time tengah kemas rumah and rak buku, terjumpa balik buku resepi Chef Wan dan beberapa buku resepi lain.

Selak punya selak terjumpa resepi Rendang Ayam Minang.Masa tu rasa macam nk jilat gambar dalam buku resepi tu. *Sabar je la*
Kemudia berlari turun carik mak. Konon nak suruh mak buat kan tapi terpikir

' lagi best kalau aku yang masak sendiri'.

Gigih aku kejutkan husband yang masih tidur dan ajak dia temankan pegi Giant beli barang barang untuk masak. Sejak pregnant memang cukup senang nak mintak tolong Husband. Well before kahwin pun dia memang jenis ringan tulang. Cuba kena bagitahu apa yang nak dimintak tolong. =)

Dengan kaki membengkak macam gajah, aku gigih berjalan ambil segala jenis barang untuk masak.Masa tu tetibe rasa sangat energized. Dah tak pikir kaki sakit. Siap berlari dalam Giant. Husband dah pening.

" bukan pagi tadi you cakap you penat ke bee? I tengok you macam okay jew"

* Tunggu malam nanti mestinya aku complaint penat  siap diselitkan sekali aksi drama tamil siap air mata berlinang*


Resepi Rendang Ayam Minang.

Ayam seekor.

Bahan Kisar (kisar sampai hancur)

10 -15 batang cili padi ( tahap kepedasan ikut suka )
1.5 inci halia muda
2 inci Lengkuas
3-4 batang serai
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

1 sudu besar serbuk kunyit ( 4 inci kunyit hidup ).
4 cawan santan pekat.
3 helai Daun Kunyit (dihiris halus)
2 sudu besar Kerisik

Perahan air asam jawa
Garam secukup rasa.

Cara - cara Memasak.


  1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali (without minyak) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit.Panaskan atas api medium-high
  2. Biarkan semua mendidih and all the juices dari ayam bercampur dengan bahan kisaran tu menjadi kering and kacau semua bahan bahan sekali sekala sahaja.
  3. Bila bahan kisaran dan air ayam dah kering sikit, masukkan santan dan kacau sedikit. Tunggu seketika dan masukkan garam. Kacau lagi.
  4. Bila kuah dah jadi pekat, masukkan air asam jawa.Atau boleh disubstitute dengan 2 keping asam gelugor.
  5. Bila dah kering sedikit, masukkan kerisik dan kacau.Kecik kan api ke medium low dan biarkan kuah menjadi pekat dan naik minyak.
  6. Consistency kuah tu depends pada korang. Personally aku suka cair sedikit.
  7. Then masukan hirisan Daun kunyit dan kacau. 















No comments:

Post a Comment