December 31, 2015

Berhutang.



Sekarang ni heboh isu pasal ada seorang penjawat awam yang kepanasan hati disebabkan gaji dia ditolak buta-buta sampai baki gaji dia tingal RM 19. Gaji dia dipotong oleh... PTPTN! Aku ada follow cerita ni dekat Facebook and rata - rata yang panas hati dengan pihak PTPTN dan ada yang marah dan maki penjawat awam tu. Dalam hal ni, aku rasa dua belah pihak salah.Hutang wajib bagi semua umat Islam untuk langsaikan. Selagi kita berhutang dengan sesiapa, selagi tu la amalan kita akan tergantung.

Masa dekat college, ramai kawan - kawan aku yng amek loan PTPTN.Bila dia orang dapat duit PTPTN, memang masing- masing mewah. Perkara pertama aku notice dia orang buat is - beli handphone baru. Almost 90% of them semua buat benda sama.Pergi holiday, berjoli, shopping and macam - macam lagi.

Aku memang tak pernah ambil study loan sejak dari diploma sampai la bila buat master.Masa buat diploma memang mak and abah aku bayar cash.Selepas diploma mak kata sambung la terus degree since mak ada duit lagi. But then aku berkeras aku nak kerja dulu afew years and then baru sambung buat degree part time. Atleast aku boleh bayar duit belajar sendiri. Tak perlu nak susahkan parents aku lagi since aku ada adik kecil.

Now bila da full time bekerja,ade a few colleague aku yang bersungut sebab dia orang susah nak buat housing loan and car loan. Sebab sangkut dekat disebabkan PTPTN.Bagi aku PTPTN ni memang bagus untuk mebantu anak - anak kita yang nak sambung belajar tapi tak ade financial resources. Tak semua orang dilahirkan dengan rezeki mempunyai parents dari middle class group.Tapi cuba kita bayangkan study fees sekarang da dekat 100k, 10 - 20 tahun dari sekarang rasa - rasa berapa?

Its not wrong to asked for help , tapi bila da habis belajar dan dah bekerja bayar la balik. Ni tak, tetibe hilang ingatan yang korang pernah buat study loan.So bila timbul kes pihak PTPTN tetiba buat potongan gaji tanpa pengetahuan peminjam, tahu pulak korang nak membebel.Aku rasa dah banyak kali pihak PTPTN buat rayuan memintak peminjam bayar hutang dan siap bagi diskaun lagi tapi masih ramai yang liat nak bayar hutang.

Sama situasi dengan kawan - kawan yang suka berhutang sesama sendiri. Aku memang jenis yang kedekut bila kawan - kawan nak pinjam duit.Aku da serik sebab dulu ade kawan aku pinjam duit aku sampai sekarang tak bayar. Dah banyak kali mintak tapi aku yang kena marah balik.

Sekarang ni kalau aku bagi pinjam pun dekat kawan - kawan yang sangat sangat rapat sahaja. Tapi dalam kuantiti yang aku rasa kalau dia tak bayar balik, aku boleh halalkan.All im saying is that bila kita berhutang, wajib untuk langsaikan segera.Bagi aku, kalau berhutang memang tak nyenyak tidur malam. 


2 comments:

awanungu said...

Kannn. Masa pinjam sakan berjoli tapi bila suruh bayar buat-buat lupa. Yang kes tinggal RM19 tuh pun buat tak peduli walaupun PTPTN dah bagi notis. Salah sendiri. dan tak adil juga pada yang dah buat potongan gaji.

Bab pinjam duit nih kita yang pinjamkan orang duit yang malu nak mintak. Sedangkan yang meminjam dok senang lenang dengan tak malunya huhuhu

Unknown said...

memang naik segan kita nak mintak balik duit kite. kita sendiri sesak tp die orang dok holiday sana sini joli katak. tah macam mane die org tidur malam. :)

Post a Comment