March 28, 2012

Lelaki Vs. Perempuan ??

Perigi mencarik timba.Kita selalu dengar tentang perkara ni. Terutamanya statement ni keluar dr mulut warge-wagre citizen a.k.a golongan nenek-neneks.Perigi mencari timba merupakan istilah lembut bagi mengklasifikasikan "PEREMPUAN YANG DOK TERHEGEH-HEGEH KEK JANTAN"..Masyarakat usually mmg kompom akan pandang slek towards this kind of woman. Ayat typical they'olls for this type of woman :


Tak malu punye pompuan..mengatal kejar jantan pesal? xde maruah ape?
Ado ko ekau poie minang jantan. Ekau tu botino, duduk umah.. Kalo ado jantan yng bokonan, dtg la dio kek uma minang ekau - ni statement arwah moyang aku.Sorry for the language. Orang Nismilan la kate kan. hikhikhik..
Jodoh tu ade tuk sesiape.. dah ditentukan. buat ape nak pegi carik. ko tunggu je


Haaa... cam penah dengar kan all this statement.. YES!! Tidak dinafikan dan sekeras-kerasnya aku nk tegaskan di sini bahawe, SUME NI MENTALITI MASYARAKAT MELAYU.. All this time, kite dibesarkan dalam environment yang almost 98% influence directly n indirectly terhadap budaya. Budaya ni ade kepentingan nye jugak dan budaya jugak dapat membezakan kaum-kaum atau suku sakat dekat dunie nih. Tetapi mane yang lagi penting? Mengikut sunnah Agame yang telah dicatatkan dlm Al-Quran for thousand years ago OR Mengikut budaya yang direka cipta oleh manusia dahulu kala?


My mom always told me, tak perlu susah hati jika orang lain sekeliling kita da kawin and ade anak. Semua tu telah di tentukan oleh-Nya.Cume beza nya sama ade cepat, lambat atau tidak ada jodoh. Sume bergantung pada tawakal, doa and tak lupe jugak - USAHA

USAHA MENCARI JODOH
Jarang sekali kite dengar pihak perempuan datang ke rumah pihak lelaki tuk meminang. Kecuali dlm cite P. RAMLEE tu lah.. Ahmad Albab kot.. tah le x igt.

Aku rase ramai dikalangan kite sedar and aware that woman are more educated and well do to compared to guys.Perempuan da sama level dengan lelaki.Any organization out there, u can easily find top management some of them are woman. I think from there, most men feel insecure when it comes to having a serious relationship with woan fro higher class from them. From my personal experienced, mase memule kenal Dani he did said die ca agak takut nak kenal ngan aku sebab aku gaji lg besar dari die..Another example : my untie. She's 37 years old and work as an office at Hong Leong Bank in JB.. Currently shes been on and off with her Boyfriend who work as a security guard at her bank. They supposed to get married last year but Razif was abit skeptical when he found out that she's earning more than him and also our faily back ground..I can understand their situation. Tanggung jawab lelaki SANGAT LAH besar bila masuk alam perkahwinan.. mau x nye, kene sara hidup anak dara org. Dulu time bujang akan maggi ari2 pun xde hal. cube bile da kawen, ko hulur maggi kt bini ko ari2.. bukan takat bini ko melenting, bapak bini ko kompom da ready ngan parang samurai kat leher ko..( asal cam da jauh menyimpang cite aku nih? adeh)..Conclusionnye, lelaki rase tergugat bile calon bini die org bergaji lebih besau dari die org. Even now, gaji aku lebih tinggi dr Dani. Tapi sue tu x penting. Even duit tu penting. Marriage life is about sharing...Kalo x sanggup nk kongsi, baik xyah sebut pasal kawin.. reti?


Tetapi,pempuan bile kite da syok cintan kek laki ni, kite mesti fikir... "xkan aku yang nak ajak die keluar dating?"..betol x? Usually perempuan akan tunggu lelaki tuk buat the first move, and obviously perempuan jugak akan tunggu lelaki tuk make the first move tuk declare or erti kata lain "meng-couplekan diri towards each other.. Lupa kah kita pada kisah Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w? Banyak benda yang kita sebagai umatnya boleh dijadikan contoh dalam hal mencarik pasangan hidup. Perkara yang kita perlu tahu :

1. Bagaimana Siti Khadijah menjaga maruah diri dan memartabatkan dirinya dengan menjadi usahawan yang berjaya. Siti Khadijah tidak bergantung kepada orang lain untuk mendokong dirinya tetapi kepada perniagaan yang dibinanya sendiri. Selain itu beliau juga membantu ramai pedangan-pedangan lain untuk turut sama mencari rezeki.


2. Meskipun Siti Khadijah seorang yang baik hati dan rupawan, beliau juga pernah diceraikan suaminya. Kenapa Allah memilih wanita bergelar janda ini sebagai isteri kepada manusia no.1 paling hebat di dunia dan akhirat? Tentulah ada hikmah disebaliknya. Ramai janda yang merasa hina dan malu dengan statusnya tetapi Allah telah lama memuliakan mereka dengan kisah percintaan dua insan hebat ini. Asal saja berhati mulia dan taat kepada-Nya, gelaran janda bukanlah satu bebanan untuk para wanita merasa hina.


3. Jika seandainya wanita hari ini punyai rupa, harta dan kekuatan pada bangsanya maka Siti Khadijah terlebih dahulu memiliki semua itu. Beliau sering dilamar oleh pembesar Quraisy yang sanggup membayar berapa pun mas kahwin yang diminta tetapi Khadijah menolaknya dengan halus dan baik. Beliau bukan seorang yang gilakan harta.


4. Siti Khadijah melamar Rasulullah. Sejarah ini sering dijadikan hujah oleh para ulama dan ustaz yang ingin memperbetulkan kesalahan tanggapan masyarakat yang menyatakan wanita tidak boleh melamar lelaki. Seperti kata peribahasa melayu ‘Mustahil perigi mencari timba!’. Hal ini tidak benar. Jika kamu menemui seorang lelaki yang soleh dan terbuka hati untuk mempersuamikannya, maka segeralah melamarnya sebelum terlewat.


5. Rasulullah tidak berharta tetapi berakhlak mulia, amanah, taat dan punyai kehormatan diri yang tinggi. Sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak semestinya lelaki yang tidak berharta itu hina berbanding lelaki kaya. Mulia pada hakikat sebenar terletak pada akhlak dan agama seseorang. Namun itu bukan bermaksud lelaki perlu menjadi miskin untuk menjadi semulia Rasulullah. Kita perlu berusaha, dan rezeki itu ditangan Allah.

Aku banyak dengar cerite dari member aku yang pompuan ngadu kate die org syok dekat lelaki ni tapi malu nk confront sebab nanti lelaki tu pikir die tu pompuan gedik or terhegeh-hegeh..and depa ( dah kodah lak.. tadi nisilan.. poning2) lebih rela tunggu lelaki tu. Maksudnya, ko nk tunggu lelaki tu smpai bile?for all you know lelaki tu jenis yang segan jugak.. abes smpai kiamat ko nak tunggu?? Ape salahnya kalo perempuan amek the first step? Jatuh ke maruah diri ko hanye kerana meluahkan perasaan dekat lelaki?

F.Y.I, aku kenal Ah gee  from Muslima.Com. Its a website exactly like facebook but for muslim community only.


Story behind this actually member aku yang create kan tuk aku sebab that time die x suke aku couple dengan ex-bf aku(orang mumbai...long story.. i prefer not to write/think about it)

Ah gee send me a message..I gave him my hp number without waiting for him to asked for it. After afew days constantly chatting and texting, i told him that im going to Ampang( where his staying) to lepak with afew frends of mine.At that time, aku x terpikir aku just nk lepak makan, kalo nk jumpe ok lah.. if xnk, xpe...But then knowing   Ah gee   seorang lelaki yang amat la pemalu when it comes to girls, he said no.tak ape lah..

Then afew months we're became close. I confessed my feelings to him. Yea! U heard me..i confess my feeling to him..Nak malu ape? die manusia jugak.. ape masalahnye? Time tu aku just pikir, he is such a sweet, caring yang amat,very down to earth dan sangat rajin. All the qualities for my kind of man, he has it.Aku pikir if i dont act now, nanti terlepas..Plus aku ni jenis yang straight forward. Aku pedulik ape. Lepas aku confess, he told me he felt the same way. Just xtau cmne nk gtau aku sebab die segan dengan aku. Cube bayangkan kalo sampai skang aku x confess kat die, tah2 skang ni kite org stil kawan or maybe aku atau die da move on..who knows kan?

Our first date, aku yang ajak die kuar...Memang terus terang aku cakap mase memule kenal n couple, aku yg banyak control the relationship.  Ah gee  ade afew ex's in his past but aku xtau nape at first die banyak 'mengikut arahan' dari be the one who controls our relationship..Sampai nak pakai baju ape time nk d dating pun tanye aku... asal x tanye skali boxer nak colour ape ke kan??? adeh...But thats how he is at first and he likes it... Die x kesah sebab he needs a woman in his life to re-organized his life and make sure that its right on track. Bagi aku x salah tuk membimbing lelaki dalam sebahagian perkara dlm hidup die org.Plus honestly susah nak carik lelaki yg betol2 organized..hehehe.. ops!


Tapi dah lelame,  Ah gee  finally became the MAN in our relationship.He makes all the decisions and aku yang banyak ikot dan melayan ( tapi hal nak pakai baju mane time g dating tu stil ade g...yelaaah!! aku layankan).Aku ade tanya mak pasal bende ni. My mom kate that how marriage works exactly.. Lelaki bukan dilahirkan untuk terus jadi pemimpin, teratur dan bijak dalam semua perkara.Even masa Rasulullah s.a.w dahulu, Khadijah banyak memimpin dan nasihatkan baginda sebelom Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin seluruh umat Islam di dunia sehingga ari ini..

Conclusionnye, aku x rase aku ni pompuan yang gedik or terhegeh-hegeh kejar lelaki. My theory is simple ; im very sure with what i want.. and i will do watever it take's to get what i want So kalo korang nak panggil aku popuan gedik or ter-hegeh-hegeh pun aku x kesah sebab - IVE GOT WHAT I WANT AND IM DAMN PROUD OF IT.....

No comments:

Post a Comment