November 18, 2014

Long Await Update..

Its about time i should have updated my blog. It has been ages.

Greetings and Salam,

Rasanya dah dekat 3-4 bulan tak share apa apa kat sini. Rasa cm da malas sebab i think its about time i keep my story private. The purposed of me blogging at first is because in a way im updating my daily routine so that my friends from the State's and Europe can get an update on what ive been doing  since we cant talk of Skype often cos of the time difference and they stuck with work and other commitment.

Ikutkan pada harini (18th Nov), me and Asbeng dah 5 months blissfully married.Me and Asbeng buat masa ini masih tingal dengan my family di Puchong. Kami ada juga rancang nak berpindah tapi permintaan kami ditolak disebabkan my dad dah nak pencen dan berpindah di Seremban. So kami akan duduk di Puchong.

Now, another good news is----------- I'm 21 weeks (5 months) pregnant.


SOMETHING IN THE OVEN.

Susah nak percaya. Even banyak family members terkejut. Cepat nya?!!!

Actually i wouldn't call myself "bunting pelamin" sebab i had my my cycle the first months after kahwin. Then Masa 11th July i was bleeding. So i thought i was having my cycle's again. But yang pelik nya, it only lasted a day. Selalu nya my cycle ambil masak dalam 5-7 hari. So buat bodoh and carry on. 2-3 hari lepas itu, perasan yang ada benda yang tak kena. Moody melampau, pening kepala, tulang belakang ngilu and my 'girls' is slightly bigger and tender. Semua tu tanda cycle nak datang. Tunggu dan tunggu dekat seminggu tak ada apa apa.

Then bagitahu Asbeng malam raya, " kalau i pregnant camne?"

Asbeng senyum kambing. HAHAHA :)

Balik Puchong on the second raya, terus pergi 7E beli 1 pregnancy test yang murah. At first hati da redha if negative, we can always try again. Plus its way too soon.. Pee'd on a stick and wait...there's two line. Slightly fade's



Then keluar rumah balik pegi 7E beli lagi afew pregnancy test kit.. and.. YES...I'm officially pregnant!!



 At first rasa macam pelik sebab rasa macam " cepat nya da 3 bulan! "..  Me and Asbeng sangat la happy but we decided that kami tak nak broadcast the news yet. That particular time, Asbeng kata better kita pergi buat check up and dah completed first trimester, baru bagitahu semua orang.

MORNING SICKNESS.

To be honest, memang tak ada Morning Sickness langsung. Siap boleh mengadu dengan my bestfriend " Orang lain teruk Morning Sickness.. Kenapa i tak ade ? Nak jugak rasa muntah-muntah!"


I was feeling alot better. Comparing myself dengan colleague lain Morning Sickness teruk and i dont have any. Jealous! :(
Selesa makan tak payah cerita.Craving alot of Laksa Utara. Kalau boleh even breakfast nak makan Laksa. Siap menangis dekat Asbeng bila tak dapat makan Laksa.Tapi bila dah dapat, tak cukup satu. At least kene 2 bungkus.

Satu lagi perangai bila awal awal pregnant is,tak tahan nasik putih. Hardly makan nasik masa first trimester. The only thing yang lalu makan is, French Fries, Orange Juice, Roti, and Western Food.. Thats All !!

The week dapat tahu pregnant, Asbeng bawa pergi One Utama and belanja makan TGIF.

" Layan la kerenah bini mengidam makan mahal. Jangan anak pun ikut perangai Mummy sudah. Pokai ayah"



TGIF has always been me and Asbeng favorite spot.


Asbeng Choice 
"Chicken with Grilled Mushroom and rice"

My choice "Chicken and Shrimp with mashed Potato and Cheese"

PREGNANCY EXPERIENCE.

The first trimester was okay. Nothing much to complaint. Tetapi masuk saja Second Trimester, i have some major allergic reaction. Memang teruk. Sampai mc 3 hari. Doctor kata mungkin allergic pada ubat. Tapi seksa dia tak payah cerita.Tak boleh berpeluh, kena sentiasa ber air cond. Sampai abah bising bill electric naik sampai RM 200.

Despite all that, emosi sangat sangat fragile. Orang lain tak boleh salah sikit, mesti aku akan mengamuk. Tak kira Asbeng ke , mak aku ke or even Abah. Semua orang kena.Bila tengah baran tu, memang tak sedar apa. Tak ingat apa apa. One day mak decided nak bawa pergi berubat. Jumpa dengan Ustaz Aris. Ustaz tanya itu ini and tetiba dia cakap

" ada benda melekat dengan awak ni.. Suami selalu balik tengah malam?"

Mengangguk aja la sebab memang betul. Kerja tak menentu waktu. Kadang kadang tengah tengah malam baru sampai rumah.Lepas settle everything, balik terus mandi dengan Daun Belimbing Besi dan Gambir. 3 hari berturut turut. Baru rasa ada perubahan. But that's not all

Afew weeks later, selepas majlis sebelah Asbeng di Sungai Petani as i was about to to go the toilet, I've notice blood on my boxer. Macam darah datang bulan. That time my mom was not around sebab dia pergi rombongan ke Indonesia. Kejutkan husband dan suruh hantar pergi hospital.

Memang tak ada sakit apa. Sampai hospital, buat check up everything was fine. Doctor suspected mungkin aku penat from the long distance driving dan majlis menyambut tetamu di Kedah. Doctor kasi 5 day mc untuk bed rest. Sejak pada tu Doctor nasihatkan aku tak boleh drive or long distance travel at all.

Tahun ni memang tahun paling banyak dugaan. Tahun ini juga aku paling teruk performance di office. mc memang banyak. Dekat 14 hari aku terpaksa duduk rumah dan rehat.

All and all, everything went well. Cuma cepat penat, cepat mengantuk dan cepat melenting. I dont experience any 'pregnancy glow'.But i do experience some skin problem. Kulit jadi sangat berminyak dan kering at once.

Tapi the one changes yang Asbeng sangat sangat suka is ---------- My behind is huge. YES! bahagian belakang mengembang macam bunga kembang semangkuk (thats what he said).

and i also noticed that even kalau aku berpeluh, badan aku tak berbau. Somehow berpeluh pun badan bau macam pakai perfume. Memang pelik. I did asked Asbeng about it, dia pun mentioned benda yang sama.


Monthly Check - Up.

Like all pregnant mom's, kami kene buat Buku Pink. Buku ni akan jadi record pegangan untuk kita update anything on us or the baby. Aku buat check up di Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong.Orang ramai tak payah cerita. Appointment pukul 8am tapi pukul 630am aku da keluar rumah meredah jam.

Minum air gula tu normal untuk all first time mom. Weight gain lebih dari 2 kg , akan dipaksa minum air gula. Banyak baca di blog and baca other mom;s experience bila kena minum air gula. Ada yang muntah, ada yang loya. But to me, rasa macam minum air milo without the cocoa sensation. It wasnt that bad after all. Alhamdulillah my sugar level was under control. Sejak dari sebelum pregnant my sugar selalu paras normal.

But ada sedikit bad experience buat check up di Klinik kerajaan. As we all know, bukan sebab stereotype or anything. Tapi benda ni memang betul betul berlaku. Staff di situ memang agak kurang sopan dan kurang kasih sayang shall i say. 

Dia orang tak ada flow chart. Flow chart untuk us new mom's procedures on how and what do to bila buat check up di situ. The system sangat sangat kelam kabut. Selepas register, kena pergi ambil sampel darah dan sampel urine then bawa pergi ke Makmal. Lepas pada itu, orang makmal tu akan bagitahu apa perlu buat dan dimana nak pergi.  So as i was alone that time, and holding my hp sebab Asbeng asyik call dan sms so tak boleh nak simpan dalam handbag, then nak pegang buku check up dan sample urine dan sampel darah. So bila sampai di makmal, i hand over the check up book to the old lady working at the Lab then as i was about to hand over the urine sampel, dia jerit

" sampel urine mana! macam mana nak buat test urine kalau bagi buku saje! "

Hungry as a Lion and its still early in the morning, i put the urine sampel and said

" Dah tak reti nak cakap elok elok ke? tak reti nak sabar? tangan saya ada 2 saje! "

I was pretty pisted of that time. So pada masa yang sama abah call. Apa lagi, luahan perasaan la.

" Abah, you government servant juga kan tapi kenapa yek orang kerja kerajaan ni kurang ajar sangat?! orang lain pn busy, mengejar masa tapi kenapa nak treat orang lain macam sampah? I paid taxes for this country but this nice lady dekat klinik ni treat me like third class citizen! Dia ingat i ni pendatang haram agak nya.. "

Aku sengaja letak on speaker biar perempuan tu dengar dan orang lain dekat situ yang nampak benda tu jadi dengar. Then abah cakap

" Biasa la orang kerajaan.. kerja long hours, tapi gaji sikit. Tak apa, nanti boleh file complain dekat front desk. Asked the doctor kat mana nak buat report and make sure you find out the persons' name".

Aku perasan masa tu dia meninjau ke tingkap tengok aku. Lepas i put down tha phone , she hand over my book cakap lemah lembut. Aku rentap buku check up dari perempuan tu and i walked away. 

Lepas pada tu time untuk ambil the second dosage of the blood sample. Aku cerita experience aku dengan Nurse yang ambil sample darah. Dia just mengicap panjang and cakap sabar. Then i was assigned to my personal Nurse who will be incharge with me throughout my pregnancy. Nasib baik nurse ni baik. Kak Rahida was her name. Shes very friendly and sweet. Habis semua pelusuk badan aku dia periksa. Siap bagi ceramah pasal diet and all stuff that i need to know.

 My 'bun'...

Buat masa ni, so far alhamdulillah tak ada apa apa complication. Baby is fine cuma sekarang kuat main kick boxing dalam perut.Dia kuat menendang bila dengar suara Asbeng and time makan. Aku boleh menjerit terkejut bila dia menendang.

My due will be on April 2015 and me and the rest of my clan cant wait to meet 'my bun'.



 

No comments:

Post a Comment